HIDS

5:2:2 - PERIKATAN SERTA PILIHAN RAYA BANDARAN NEGERI,DAN MAJLIS PERUNDANGAN PERSEKUTUAN 1955









FLOWCHART
23/10/2013




4 November 2013
HIDS: Pilihanraya Umum Persekutuan Tanah Melayu 1955.

Muka hadapan yang melaporkan kemenangan Perikatan ( TST, 28 Julai 1955)

Dalam PRU pertama tahun 1955, gabungan parti Perikatan ( Gabungan UMNO, MCA dan MIC) telah memperoleh kemenangan yang hampir bersih, iaitu dengan memenangi 51 kerusi parlimen, hanya satu kerusi dimenangi oleh pihak lawan, iaitu dari Parti Islam SeMalaya yang dikenali sebagai PMIP pada ketika itu. Kerusi tunggal yang dimenangi oleh PMIP itu ialah bagi kawasan Krian, Perak, dan calon mereka yang bertanding disitu ialah Haji Ahmad Tuan Hussain.


Keyakinan yang dizahirkan oleh Dato' Onn Jaafar ( Parti Negara) dan Tengku Abdul Rahman ( Perikatan) . ( TST , 27 Julai 1955)

Keputusan pilihanraya 1955 yang disiarkan dalam The Straits Times, 29 Julai 1955.

Kemenangan tunggal PMIP (kemudiannya dikenali sebagai PAS) di kawasan Krian, menerusi calon mereka , Haji Ahmad Tuan Hussain ( Sumber : TST, 29 Julai 1955)

Ulasan Dato Onn tentang kegagalan parti pimpinannya dalam PRU 1955 ( TST, 29 Julai 1955)




Perikatan serta Pilihan Raya Bandaran, Negeri dan Majlis Perundangan Persekutuan 1955

a. Pilihan raya bandaran telah membentuk kerjasama UMNO dan MCA bagi menghadapai Pilihan Raya Majlis Perbandaran Kuala Lumpur 1952 dan telah memenangi 9 daripada 12 kerusi yang dipertandingkan. Dalam pilihan raya di beberapa Bandar lain peringkatan UMNO dan MCA telah memenangi 26 daripada 37 kerusi.

b. Pilihan raya negeri pada tahun 1954, Parti Perikatan telah memenangi 226 daripada 268 kerusi dan Parti Perikatan telah disertai oleh MIC pada tahun 1955.

c. Pilihan Raya Majlis Perundangan Persekutuan diadakan pada tahun 1955.

d. Manifesto Parti Perikatan ialah:
i. Mencapai kemerdekaan dalam masa empat tahun.
ii. Mewajibkan pendidikan.
iii. Menjadikan perkhidmatan awam bercorak tempatan
iv. Menjaga hak asasi manusia
v. Melindungi hak-hak Raja-Raja Melayu sebagai Raja Berperlembagaan.

e. Parti Perikatan telah memenangi 51 daripada 52 kerusi yang dipertandingkan.

f. Tunku Abdul Rahman menjadi Ketua Menteri dan membentuk kabinet yang terdiri daripada pelbagai kaum.


  Peranan Tokoh-Tokoh Kemerdekaan

Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj
·        Presiden UMNO dan Parti Perikatan.
·        Perdana Menteri yang pertama.
·        Bijak mengendalikan pakatan murni antara kaum
Tun Abdul Razak
·        Timbalan Presiden UMNO dan Timbalan Perdana Menteri
·        Perunding dalam tuntutan kemerdekaan di London tahun 1956
·        Perunding dalam menyiapkan Perlembagaan Kemerdekaan 1957
Tun H. S. Lee
·        Tokoh MCA yang memulakaan kerjasama kaum
·        Mencetuskan idea penubuhan Parti Perikatan.
·        Menteri Kewangan Persekutuan Tanah Melayu yang pertama
Tan Cheng Lock
·        Presiden MCA
·        Penyokong Tunku Abdul Rahman untuk mendapatkan kemerdekaan
Tun V. T. Sambanthan
·        Presiden MIC.
·        Memperjuangkan kemerdekaan negara bersama Tunku Abdul Rahman
·        Menyokong dasar kerjasama kaum.

No comments:

Post a Comment